Thursday, June 16, 2011
JOKE DULU-DULU
Sunday, June 12, 2011
CINTA ALLAH
Ya Aziz
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat
Menawanku Selain Engkau
Ya Rohim
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus UntukMu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun KeputusanMu
Ya Robbii
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai
Muara Pertemuanku Dengan-Mu
Ya Robbii
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Sentiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat DariMu
Ya Allah
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan
Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu UntukMu
Ya Allah
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta KepadaMu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan DariMu
Ya Ar-Rahman
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Kutembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya
Ya Ar-Rahhim
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yg Kutapaki Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sedar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua KepadaMu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepadaMu.
Monday, May 2, 2011
Friday, April 22, 2011
MADAH KEHIDUPAN
- Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
- Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
- Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
- Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan uang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.
- Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
- Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
- Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
- Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itupula.
- Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.
- Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan.Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
- Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
- Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.
- Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
- Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
- Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika da masih tetap peduli padanya.
- Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.
- Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.
- Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
- Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
- Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
- Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
- Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.
- Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
- Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum - jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis
Monday, January 24, 2011
Abang bila lagi nak masuk…….Lambat la abang ni!”
"Abang bila lagi nak masuk…….Lambat la abang ni!”
mbat la abang ni!”
Agak-agak korang lah apa yang korang jawab bila awek korang cakap macam ni?Tapi wait da minit dia cakap nak masuk meminang daaa….so kalau korang fikir benda lain memang korang otak kuningggggg ya!
Ok bila awek korang tanya macam ni maksudnya diorang nak korang berikan komitmen dalam hubungan diorang…Saya faham jika korang tak mampu lagi disebabkan oleh ongkosnya agak kurang..kantungnya asyik bocor..tapi apa kata korang mula buat target!
Ok katakanlah 5 tahun dari sekarang korang nak kahwin dengan dia,jadi korang kena fikir berapa kos yang diperlukan. Katakanlah kos termasuk mas kahwin sebanyak RM20,000 jadi korang cubalah bahagikan kepada 5 tahun yang bermaksud korang kena ada simpanan RM4000 setahun atau lebih kurang RM330 sebulan?
Ya jadi saya nasihatkan bundarkan kepada RM350 dan mula menyimpan tanpa mengusik wang tersebut dalam unit pelaburan contoh unit amanah,tabung haji.Paling kurang korang akan dapat dividen dari situ.
Jadi kalau tak cukup RM350 tu apa perlu buat?Carilah kerja partime waktu malam.Dapat gaji RM600,RM350 simpan yang lebih boleh la buat belanja kan?Ok mungkin tips ini agak biasa tapi sebenarnya ia praktikal.
Ok rasa boleh ikut tak?Kalau boleh saya ucapkan syabas dan semoga berjaya!
BANGUNAN PALING HODOH
First World Hotel Genting Bangunan Paling Hodoh?
Monday, February 15, 2010
ULASAN MELAYU ERSEPIT
Maaf kerana mencelah, tapi bila saya ternampak perbincangan ini terasa bertanggungjawab juga sedikit sebanyak to bagi apa yang tersirat in me.
Well, bagi saya apa yang perlu kita perbetulkan adalah mindset kita termasuk sikap ingin berjaya melalui berusaha. Kita perlu mengubah persepsi dan berusaha untuk memajukan diri sendiri as tidak akan ada yang boleh menolong kecuali kita sendiri yang merubah nasib sendiri dengan restu Allah SWT. Singkirkan sikap mementingkan diri, dan irihati. Pokoknya di sini hendaklah kita bersihkan hati. Insyallah jika hati kita bersih dan mempunyai sikap ingin maju dan tidak mementingkan diri, orang Melayu boleh maju.
Saya bukan orang alim tetapi insyallah basic tentang agama tu adalah dan tetap berpegang pada yang maha esa. Jika kita umat Melayu dan Islam bersatu perkara yang boleh dikatakan agak terlewat untuk kembali ke zaman kegemilangan amat sukar kerana ekonomi kita amat ketinggalan jauh berbanding kaum lain walaupun kita dianggap majoriti.
Untuk menukar mindset bukan senang, tetapi jika kita renung kembali "should we let bangsa kita tertindas until kita merempat di tanah air sendiri?
Apa yang kita yang berkeluarga cuba perbetulkan dalam keluarga kita sendiri dulu. Kita tanamkan semangat anak-anak kita supaya suka bersaing in a healthy way. Dan sekiranya yang ada dalam masyarakat yang kecil, cubalah menasihati sentiasa anak-anak muda kita supaya jangan terlalu leka dengan apa yang mereka menikmati sekarang.
Pada pengamatan saya, kebanyakan anak muda kita terlalai kerana tidak melalui kesusahan hidup seperti yang dilalui oleh ibubapa mereka.
Saya percaya ramai ibubapa yang melalui kesusahan memberikan setiap kesenangan kepada anak-anak kerana mereka tidak mahu their kids rasa kesusahan sebagaimana mereka lalui. Inilah kadang-kadang membuat anak anak kita lalai. So ini adalah tanggungjawab setiap keluarga melayu untuk mempastikan anak-anak mereka tidak hilang semangat juang untuk menjadi orang yang berjaya.
Apa yang saya perhatikan yang suka melepak, berlumba motor dan banyak lagi perkara yang kurang menyenangkan adalah di kalangan anak melayu. So please saya berharaplah sangat setiap keluarga cuba memperbetulkan anak-anak atau masyarakat sekeling dan tidak hanya mengharap kepada pihak berkuasa untuk memperbetulkan mereka.
Kepada yang berkeupayaan tolonglah carikan akitiviti untuk anak-anak muda kita supaya mereka berubah menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. Bagi ibubapa yang anaknya berpelajaran ada kemungkinan mereka tidak membuat akitiviti yang merosakkan tetapi ada mereka ini yang menjadi sikap pentingkan diri.
Kepada ketua masyarakat, saya amat berharap adakan lah aktiviti yang boleh membangunkan minda anak-anak kita supaya jangan terlalai dengan keseronokan sahaja.
Ketua masyarakat pun kadang-kadang mementingkan diri dan menjalankan akitiviti bagi menguntungkan diri mereka. Di sinilah kita kena ada keikhlasan kerana Allah berfirman "Ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsiaku,". Sukar bagi seseorang mempunyai keikhlasan yang tulus. Kita mestilah amalkan sifat ikhlas dan membuatnya kerana Allah barulah berkat apa yang kita buat. Jadi tolonglah sentiasalah kita berusaha kerana Allah untuk memperbetulkan minda anak-anak kita supaya ada semangat juang bagi diri, bangsa, agama dan tanahair.
Kita lemah kerana selama ini kita lalai dengan kesenangan yang tersedia sebagai orang Melayu atau bumiputera, manakala bangsa lain telah berlumba untuk maju kerana mereka merasa kesusahan dan sikap ini juga ditanam kepada anak-anak mereka.
Kita sentiasa ada sikap tidak apa dan cukuplah setakat ini, kononnya bersyukur whereby jika kita perhatikan terdapat hadith yang mengatakan (correct me if I am wrong) "beramallah seolah-olah kamu akan mati esok hari dan berusahalah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Tidak salah bagi pendapat saya sekiranya kita berusaha seupaya kita tetapi pokoknya tidak pernah melupakan Allah S.W.T.
Masih belum terlambat walaupun sukar untuk kita membentukkan anak-anak dan remaja kita supaya jangan hanya berharap kepada benda yang tersedia untuk dimakan. Dan kita sendiri termasuk diri saya mestilah juga ada semangat juang yang saya perkatakan itu. Wallahualam.
best regards
tns




