Sunday, January 31, 2010

MELAYU TERSEPIT

Bersama ini disertakan satu pandangan ikhlas dari seorang rakyat marhaen.

Saya suka berada dengan sahabat sekelian kerana banyak ilmu dan
pengalaman yang saya dapat dari sini.

Saya ingin mengajak sahabat sahabat untuk berfikir tentang apa yang
kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu didalam tanah
air sendiri menjalani kehidupan seharian. Akhir-akhir ini kita
dihempap dengan berbagai masalah baik dari segi sosial, ekonomi dan
status kita sebagai bangsa Melayu yang menjadi tuan punya negara yang
dinamakan Malaysia.

Kita makin tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan. Jika
barang mewah atau barang kurang perlu naik harga tak lah kita kisah
sangat. Tetapi barang makanan semakin naik harga. Gula, tepung dan
beras yang terkawal harganya naik sedikit demi sedikit. Caj
perkhidmatan seperti tol , pengangkutan dan lain-lain juga turut naik.
Bank juga semakin tidak bertimbang rasa. Kalau dulu kereta cuma akan
ditarik selepas 4 atau 6 bulan kini tak sampai 3 bulan sudah kita
terima akibatnya. Pinjaman juga semakin susah untuk diperolehi.
Peniaga makin kekurangan modal lalu pelanggan menerima akibatnya.

Orang Melayu kini tidak lagi mudah untuk berurusan dengan
bangsa-bangsa asing yang berendapatan tinggi. Orang Cina sudah tidak
lagi berminat untuk sewakan premis mereka kepada orang Melayu. Bagi
peniaga pula sangatlah susah untuk mendapat kredit jangkapanjang dari
pembekal barangan dagangan dari bangsa asing. Orang Melayu sudah
dikategorikan sebagai bangsa yang tercorot dalam carta golongan yang
boleh diberi kemudahan untuk perniagaan.

Pekerja menerima upah yang rendah berbanding dengan perbelanjaan bagi
menguruskan kehidupan. Gaji 2 ribu sebulan sudah tak ada nilainya
lagi. Kakitangan kerajaan yang sebelum ini boleh dikatakan sebagai
pekerja yang selesa dari segi upah dan gaji kita hanya cukup makan.
Akibatnya rasuah berleluasa. Nak minta borang pun kadang kadang kena
ada under table, belum lagi memohon kelulusan.

Orang Melayu hanya nampak bergaya dari segi kulit luaran. Mereka
sebenarnya hidup atas belas ehsan bangsa pendatang. Jika makan gaji
hanya cukup makan. Nak berniaga mana nak dapatkan modal ? . Nak
harapkan kementerian pembangunan usahawan sudah pun kena pancung. Nak
harapkan Tekun, mereka pun sudah kering tabung. Nak harapkan MARA
entah bila wang akan turun. Nak harapkan SMIDEC , setelah diitukarkan
nama kepada SMICorp hala tujunya bukan lagi untuk bantu orang Melayu.

Makin tertekan hidup rakyat Melayu ditanah tumpah darah mereka
sendiri. Bangsa asing kini menguasai semua sektor ekonomi. Harga
barang dan perkhidmatan bukan lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi
dikawal oleh pedagang-pedagang bangsa asing yang dulu hanya menumpang
mencari rezeki ditempat kita.

Dimana orang Melayu selepas ini ? Bergerai dipinggir-pinggi jalan.
Menjual nasi lemak dan goreng pisang. Perniagaan apa orang Melayu
selepas ini ? MLM dan direct selling dan bergantung pada logo halal
dan kesucian barangan buatan muslim. Mengharap tender-tender kerajaan
yang semakin hari semakin kurang. Berebut satu tender hingga 200 ke
300 syarikat mengambil bahagian. Setelah dapat , jika ada modal memang
tak mencukupi. Pergi ke bank untuk ambil pinjaman, macam-macam alasan
dan syarat dikenakan hingga terpaksa meminta dan merayu macam
pengemis. Selepas beberapa ketika pinjaman tak diluluskan. Akhirnya
menggadai projek kepada syarikat bangsa asing. Jadi apa dengan
syarikat Melayu bumiputera itu ? Sekadar dapat menambah senarai
pengalaman menjalankan projek didalam profail. Pengarah dapat sedikit
habuan dari jualan projek, kakitangan semakin dikurangkan kerana
mereka tidak lagi diperlukan.

Kemana kita selepas ini ? Terus mengemis di tanah air sendiri ? Wang
kita sudah terkumpul sepenuhnya ditangan bangsa yang dulunya menumpang
disebelah rumah kita. Melayu nak buat apa sekarang ? Berdebat di
stadium, berebut jawatan. Bercakap degar-degar di TV di radio.
Berhujah tentang ketuanan Melayu . Tuan apa bendanya ? Tuan kepada
orang Melayu sendiri ? Tapi tanah air sendiri bertukar tangan. Tuan
kita bukanlah lagi orang kita.

Jika berhujah mengenai agama seolah-olah kita adalah paling Islam dari
orang Islam yang lain. Golongan itu tak betul golongan ini tak betul.
Fahaman itu tak betul, fahaman ini tak betul. Tercapailah hasrat para
kapitalis untuk meletakkan orang Islam didalam kelompok mereka sesama
Islam untuk berdebat dan berhujah mengenai agama mereka. Soal ekonomi
dan sosial dilepas pandang. Akhirnya orang Melayu Islam terperosok
dalam surau dan masjid, terus menerus berdebat mengenai fahaman dan
amalan.

Selepas penat berdebat dan berhujah keluarlah beramai-ramai menjamu
selera di kedai India. Sebelum balik kerumah singgah membeli barangan
keperluan keluarga di kedai Cina.

Nak kemana kita selepas ini ? Dimana nak letakkan anak cucu kita selepas ini ?

Mari kita buka minda dan bincang.....

Maaf jika ada yang tersinggung atau yang terasa.

Wasalam

KETUANAN MELAYU

Setelah berakhirnya episod ketuanan Melayu bertukar ke era Malaysia, apa yang tinggal kini hanya 1Malaysia. Konsep persepakatan di segi ideologi kepelbagaian kaum pribumi dan budaya agar seiring menerokai segenap peluang sosio-ekonomi memacu ke tahap negara makmur dan rakyat gemilang terus giat dipromosikan. Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan! Sayugianya slogan dan kata-kata keramat saling bertukar-ganti apabila ketua kerajaan bertukar tangan. Peranan NGO dan kuasa eksekutif dalam mencorak-warnakan negara bersimpang-siur dengan kemelut politik dan ekonomi yang kini menjadi isu semasa dan berlanjutan sehingga ke PRU era Dato' Sri Najib pula? Lumrahnya setiap makhluk dilahirkan berbeza cita-rasa dan punyai impian tersendiri.

Pergolakan yang bermula daripada harga komoditi yang kian naik terasa cengkamannya oleh golongan marhaen, dan isu royalti petroleum hingga kepada nama Allah! Perbalahan mengenai isu PPMSI dan kecoh pasal SPRM yang juga termasuk kes kehilangan engin jet menjadi topik perbualan di kalangan rakyat yang prihatin! Tiada apa lagi yang ingin diterjemahan melalui tindakan.

Persoalannya ialah semangat kemerdekaan semakin pupus dari dalam diri orang Melayu sendiri, tetapi yang ironinya golongan majoriti ini jugalah 'juara berkokok' bila menyentuh apa jua isu-isu hangat: hanya sekadar menarik perhatian umum? Memang ada rasa kesedaran yang menebal namun segala titik-tolak tindakan yang menyusul langsung tidak berkesan. Bayangkan, jika sekadar ingin mendapat permit berdemonstrasi secara aman pun belum tentu lagi mendapat layanan! Bantahan terhadap pemansuhan ISA sudah jadi isu basi dan semakin dilupai 'roh' perjuangannya.

Rakyat secara umumnya hanya menjadi 'saksi' dan setiap pertikaian berbangkit terhadap permasalahan negara bergantung di atas kebijaksaan peneraju kepimpinan negara. Bahawa kepercayaan dan rasa hormat sesama manusia sejagat sudah semakin pupus lantaran sifat ego dan hipokrit...di antara kalangan pemimpin dan rakyat: kini menjalar pula kepada perebutan kuasa oleh pemimpin politik sendiri demi memperjuangkan demokrasi? Kegiatan rasuah dan keruntuhan moral golongan masyarakat mulai lapisan terbawah hinggalah kepada golongan elit dan pemimpin politik tetap menjadi 'mimpi ngeri' yang mencabar kestabilan politik dan keselamatan negara?

Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang Melayu (beragama Islam) yang mempunyai raja berpelembagaan dan para mufti di setiap negeri? Mungkinkah rakyat Malaysia kini cukup puas berada di dalam comfort zone? Maka tak perlu lagi berjuang terhadap keadilan demi kemerdekaan 1Malaysia? Di dalam situasi bila mana negara sudah aman makmur dan ekonomi stabil , maka kita menikmatinya memadai dengan berpeluk tubuh sahaja? Sedang bangsa lain terus bergerak maju ke hadapan, demi maruah keluarga, ke arah menjamin generasi mereka agar cemerlang di segenap bidang.

Kita semua masih belum terlambat untuk melakukan perubahan setakat yang termampu sebagai bangsa yang bermaruah.

Wassalam.

Sunday, January 17, 2010

KE MANA KAH KITA

Haiwan dicipta oleh Allah untuk “makan, cari
makan,berehat, berhibur, tidur. Dan akhirnya mati ..tamat cerita.”
Itulah kisahnya haiwan; lembu, monyet, ikan, itek,ayam dan yang sebangsa dengan mereka. Mereka hidupnya untuk makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..disembelih..atau mati..tamat riwayat, habis kisah!
Tapi kita manusia..itu sajakah yang kita nak buat danpatut buat di dunia ini?
Tamatkah kisah kita, habiskah cerita kita bila kitamati nanti?
Jawapannya tidak!
Bagi kita manusia, kematian tidak menamatkansegalanya.
Mati hanyalah satu transisi ke alam akhirat.
Pintu ke hari akhirat ialah kematian. Semua orangakan mati.
Kematian kita adalah satu fasa dari rentetanperjalanan kita dari perut ibu menuju ke alam akhirat.
Kerana ia adalah sesuatu yang pasti. Ia pastidatang.
Hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan mungkin saya, anda, saudara mara dan kawan-kawan kita pasti mati.
Yang pasti datang ialah kematian. Umur tua belumpasti. Usia emas bukan sesuatu yang bakal dimilikisemua orang.
Ingat MATI itu pasti, TUA belum tentu.
Janganlah kita lupa akan destinasi akhir kita ini. Jangan kita dilalaikan oleh kesibukan harian kita darihakikat ini.
Allah memperingatkan kita:
“ Alhaakumuttakaathur. Hatta zurtumul maqabir...”
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amalbakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatdengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinakpangkat dan pengaruh), SEHINGGA KAMU MASUK KE KUBUR.”Surah Attakaathur:1-2
Arkib: omaryaakob.blogspot.comWeb: http://omar600.webs.com

Monday, November 9, 2009

ARTIKEL IMAM SHAFIE TENTANG SIFAT-SIFAT ALLAH

Re: ARTIKEL : Imam asy-Syafi'e Berkata Tentang Sifat-sifat Allah Posted by: "Abu al-Fateh al-Madani" abualfateh@hotmail.com Mon Nov 9, 2009 5:15 am (PST)

Wa'alaikumussalam
Di mana kedudukan ilmu tuan/ puan dalam persoalan ilmu akidah ini?. Saya mempunyai pendidikan syariah dalam dua aliran. Saya pernah belajar di Arab Saudi dan di Jordan. Saya tahu sesuatu yang tuan/ puan tidak tahu. Cuma saya tak mahu mendedahkannya di sini. Kita perlu bersikap adil = meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuatu. Dalam persoalan akidah ini, sebagaimana tradisi ilmu qiraat dan hadis perlu diambil mengikut kaedah talaqqi dan bersanad daripada ahlinya. Kalau tidak diambil melalui ahlinya, kemungkinan kita tergelincir daripada landasan sebenar tanpa disedari.
Sememangnya al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab yang unik dan menjadi mukjizat. Balaghahnya tinggi tiada tandingan. Dalamnya ada metafora, perumpamaan dan lain2. Pemahaman terhadap al-Qur'an tidak boleh diambil secara literal termasuk dalam soal akidah. Sikap para salaf dalam ayat-ayat yang berkaitan sifat Allah terutama yang mutasyabihatnya ialah imraruha kama ja'at (menyerah hakikat maknanya kepada Allah) tanpa perbahasan yang detail, apatah lagi membincangkannya kaifiatnya. Sebagai contoh, di dalam al-Qur'an ada disebut yad (yang diterjemahkan sebagai tangan) seperti dalam surah al-maidah (ayat 64), yadan (dua belah tangan) dalam ayat yang sama, aiydina (tangan-tangan kami) dalam surah Yasin (ayat 71) dan lain-lain lagi. Kalau ikut kefahaman wahhabi, mereka berkata: "Kita wajib iktiqad bahawa Allah mempunyai tangan sebagaimana yang disebut di dalam al-quran tersebut. Cuma persoalannya: berapa bilangan tangan Allah sebab ada ayat yang menyebut sebelah sahaja, ada ayat yang menyebut dua belah dan ada yang menyebut lebih dari dua..?" Inilah persoalan yang dibahaskan di dalam akidah Wahhabi tersebut. Sesiapa yang belajar di Universiti Islam Madinah, mereka akan belajar persoalan ini pada tahun ketiga pengajian. Persoalan saya : Adakah salaf membahaskan perkara ini di dalam kitab mereka. Sama sekali tidak!!!! Dua andaian boleh dibuat: pertama mereka menyerahkan hakikat maknanya kepada Allah (tafwidh), kedua: mereka memahaminya dalam kaedah bahasa Arab mengikut siyaq penyataan daripada ayat. perkataan yad bermaksud kekuatan, kekuasaan dan kepemurahan. Maka, ayat 64 al-Maidah menunjukkan sifat pemurah Allah sebagai menjawab pertuduhan Yahudi mengatakan Allah itu kedekut. Jadi, di mana sebenarnya berakhirnya fahaman wahhabi? Tentunya akan membawa kepada tasybih (penyamaan Allah dengan sesuatu). Maha Suci Allah daripada menyerupai tuhan sembahan agama Hindu. Ini satu contoh. Tuan/puan tentu tidak tahu bahawa Wahhabi menetapkan bahawa zat Tuhan mempunyai sifat sama seperti manusia kecuali tiada kemaluan sahaja.. Na'uzubillah..
Inilah sebenarnya kebimbangan kami terhadap fahaman ini yang cuba disebarkan di Malaysia oleh golongan tertentu di sebalik penggunaan istilah tajdid, pembaharuan bla..bla.. bla.. Jangan tertipu dengan "kesarjanaan" seorang yang hanya mengkaji satu bab dalam satu bidang ilmu. Seorang yang mengkaji asbab wurud hadith (sebab terjadinya hadis) belum boleh lagi kita panggil dia muhaddith, apatah lagi al-Hafiz atau Syaikh al-Islam. Saya akan menyambung nanti..Wallahu a'lam.

Friday, October 23, 2009

ILMUAN ISLAM

hebat ulama'
http://mahmudinmahfodz.blogspot.com/

Hebat ilmuan islam Dr. Zakir Abdul Karim Naik
Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan. Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.

Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St. Peter's High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.
Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai `Deedat Plus' pada tahun 1994.

Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : "Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah." Ia bermaksud, "Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun.

Alhamdulillah." Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD)

Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.

Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women's Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur'an God's Word? Dan banyak lagi.

ISLAMIC RESEARCH FOUNDATION
Islamic Reseach Foundation yang diasaskan pada bulan Februari 1991 merupakan satu pertubuhan rasmi yang tidak berasaskan keuntungan yang berperanan menyebarkan dakwah serta mesej Islam kepada masyarakat, sama ada Islam mahupun bukan Islam. Kerja-kerja yang dihasilkan oleh I.R.F termasuklah buku-buku, dokumentari dan video-video ceramah telah sampai ke jutaan manusia di serata dunia melalui saluran TV satelit antarabangsa, Internet dan media cetak; kebanyakkan menumpukan kepada memberikan kefahaman terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih dan juga logik akal. Islamic Reseach Foundation dinaungi oleh Dr. Zakir Naik Abdul Karim Naik.

IRF boleh dihubungi di alamat: 56/58 Tandel Street ( North),
Dongri, Mumbai – 400 009 India.
Tel : (0091-22) 23736875 (8 lines)
Fax : (0091-22) 23730689.
Laman web: http://www.irf.net

DR Zakir(kanan) menghadiahkan buku karangan beliau kepada DR William (kiri)

Dr. Zakir Naik Vs Dr. William Campbell

Tajuk: "Qur'an and Bible in the light of Science"

Sinopsis: Debat Hebat ini berlangsung di Skokie, Illinois, USA. Dr. Zakir Naik telah bertindak menerima cabaran Dr. William Campbell yang pernah menulis buku menghina al-Quran bertajuk "The Qur'an and the Bible in the light of History and Science".
Dalam buku tersebut Dr.William Campbell menghina Al-Quran dengan mengatakan fakta-fakta di dalamnya bertentangan dengan Sains manakala ayat-ayat Bible menunjukkan fakta sains. Beliau juga mencabar Orang Islam untuk menjawap dakwaan beliau.

Antara kandungan menarik Debat ini ialah:…
- Pembuktian Al-Quran firman Allah menerusi Sains dan logik akal
- Konsep salah Holy Trinity
- Penyimpangan ajaran Kristian daripada ajaran Nabi Isa AS
- Kandungan Bible yang telah diubah
- Hujah-hujah Dr. William Campbell yang mudah dipatahkan oleh Dr. Zakir Naik
- Pembuktian KeRasulan Nabi Muhammad SAW Dr Zakir Naik mematahkan hujah-hujah Dr William Campbell menerusi:…
- Firman Allah dan Hadis Nabi SAW
- Petikan Ayat-ayat Bible
- Kajian Sains dan Teknologi

Lihat debat di sini:
http://www.youtube.com/view_play_list?p=625048053B10637E

Biodata Dr. Zakir Bin Naik:
Beliau berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang mendapat gelaran `walking Computer' kerana ingatan beliau yang luar biasa, beliau juga digelar `Deedat Plus' kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan luarbiasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang teks.

Biodata Dr. William Campbell:
Beliau adalah seorang Missionary Kristian yang berkelulusan PhD bahagian teologi Kristian dan fasih berbahasa Arab. Beliau bertaraf `Ulama' Kristian adalah seorang yang sangat kritis kepada ajaran Islam dan Al-Quran. Berbanding Dr Zakir Naik, beliau berhujah dengan merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang beliau sediakan…tetapi yang ajaibnya adalah semua rujukan beliau itu dihafal secara `ayat ke ayat' oleh Dr Zakir Naik.

Sesungguhnya melihat perdebatan tersebut akan membuatkan kita merasa takjub akan kurniaan Allah terhadap Dr Zakir Naik. Debat tersebut juga berjaya membongkar segala kesalahan ajaran Kristian secara ilmiah dan bukti konkrit yang sukar untuk ditolak oleh Dr William Campbell sendiri. Adalah dilaporkan, ratusan orang yang memeluk agama Islam setelah melihat perdebatan tersebut.
Debat ini adalah debat terakhir yang dibuat oleh Dr.Zakir Naik kerana cabarannya kepada pendeta-pendeta agama Yahudi, Buddha, Hindu, Atheis malahan Kristian untuk berdebat tentang kebenaran Islam tidak berani lagi disambut selepas itu. Mungkin mereka gentar kepada Dr. Zakir Naik yang memperlakukan Dr. William Campbell seperti seorang yang `hilang arah' dan hujah ketika bertemu beliau.

Video salah seorang wanita beragama Hindu memeluk Islam secara LIVE di Peace TV selepas bertanya satu soalan kepada Dr. Zakir Naik. Setelah berpuas hati mendengar penjelasan daripada Dr. Zakir Naik, tanpa teragak-agak wanita ini mengucap 2 kalimah syahadah.

entry di ambil dari blog saudara ini.

kepada sahabat yang nak copy debat Qur'an and Bible in the light of Science..ana boleh kongsikan..insyaAllah

Ikhlas dari budak baru belajar

Monday, October 19, 2009

GAMBAR RAYA 2009


Gambar Raya dgn Family kat Alor Gajah




Diantara gambar raya yang diambil dgn family kat Pullman Putrajaya

Thursday, June 4, 2009

TAZKIRAH JUMAAT

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"