Thursday, September 20, 2012
DARAH TINGGI TAK TURUN2
Kemampuan badan seseorang tidak sama ada orang baru 130/90 dia dah rasa pening dan berat bahagian tengkuk. [ Ini antara tanda darah tinggi] ada orang boleh sampai 150/90 tak ada masaalah. Jadi jangan ambil purata asal melebihi 140/90 menunjukkan darah tinggi.
Biasanya doktor akan bagi masa 3 hingga 6 bulan untuk kita berikhtiar menurunkannya dengan banyak bersenam, jaga pemakanan, jaga masa tidur. Kurang tidur juga dapat menaikkan tekanan darah. Terlalu banyak masaalah dalam fikiran pun boleh menaikkkan tekanan darah. Banyak hutang pun boleh menaikkan tekanan darah dll. Ertinya kita itu perlu ketenangan baru darah kita ikut tenang.
Barang siapa menjadikan amalan hidup tidak teratur sepertimana garisan Islam darah tinggi senang dapat. Maksud saya jangan waktu tidur [malam] kita berjaga, tgk bola dll. Waktu bekerja [siang] kita tidur. Waktu makan tidak makan dll. Melainkan sekali sekala, tak mengapa.
Ikut peraturan alam. Bangun pagi solat subuh. jaga waktu makan, jaga jenis yang dimakan, jaga kesucian dan kehalallan yang dimakan, tunaikan solat malam dan tidur awal malam dan bangun di sepertiga malam atau bagun awal sebelum subuh.
Banyak makan buah buahan dan minum air putih. Jangan amalkan minuman bersoda. Air mineral adalah bagus terutama zam zam. Tak digalakkan ambil air R.O.
MENANGANI ISU MENGHINA ISLAM DAN RASULULLA
Film 786(innocence of muslim) adalah sebuah film yg dibuat di Holland tentang lawak mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. 60 juta masyarakat muslim dpt menghancurkan ekonomi Holland dengan waktu kurang dari 5 minit dgn cara mengirimkan pesan ini, Mudah2han kita dapat menjawab pertanyaan dari Allah SWT kepada kita, ketika Allah SWT menanyakan kepada kita nanti mengenai apa tindakan yang kita lakukan ketika Rasul yang dicintai Nya dijadikan bahan lawak? Denmark telah mengalami kerugian...tolong jangan biarkan pesan ini berhenti di hp atau PC anda. Seperti yg anda ketahui, semua surat kabar Denmark memuat lawak tentang Nabi Muhammad SAW dan sampai sekarang mereka juga tidak menyesal. Jom kita buat mereka menyesal dengan perbuatan mereka... The Danish Ambassador, Perdana Menteri dan Denmark Nasional Channel; sekarang sdg berusaha melakukan sesuatu utk menghentikan boikot yg dlakukan oleh umat muslim sejak 1 bulan lepas, dimana atas pemboikotan tersebut mereka mengalami kerugian sekitar £ 4 Miliar. Jika kita terus melakukan boikot terhadap produk2 Denmark dalam 7 bulan atau lebih akan mengakibatkan mereka dpt kehilangan £ 80 milyar. Percayalah, jangan stop untuk meneruskan pesan ini sebanyak mungkin kpd saudara-saudara muslim.., yakinlah anda dapat melakukannya dlm waktu 15 minit utk menyebarkan kpd saudara2 muslim lainnya....SECEPATNYA? INGAT RASULULLAH MUNGKIN AKAN MENANYAKAN KEPADA KAMU (MEMINTA JAWAPAN) DIHARI PEMBALASAN NANTI, APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN KETIKA MEREKA MENJADIKANKU SEBAGAI BAHAN LAWAK? Adakah kita akan terus diam apabila Rasul tercinta yang akan memberi syafaat pada kita dipadang mahsyar nnti terus dihina? ALLAHUAKHBA
روسلي داور
ISI FILEM INNOCENCE OF MUSLIM
Adakah dengan cara kita 'memberontak' masalah ini dapat di atasi? sesetengah pihak pula menyalahkan YOUTUBE yang tidak sensitif kepada perasaan umat Islam, walhal youtube tentu gembira kerana ranking carian mereka mendadak dengan cepatnya.
Perkara pokok yang mesti diterapkan dalam generasi kita serta anak2 kita adalah - dalam apa jua situasi - AKHLAK kita hendaklah sentiasa dijaga dalam menangani isu dan cabaran - kerana dengan akhlak yang baik - yang kusut akan terurai; masalah juga cepat selesai. Cabaran tidak dapat di atasi dengan emosi yang tidak stabil.
Apa pendapat rakan2 semua?
Thursday, June 23, 2011
8 C SEBAB SUAMI BOSAN
C2. CABUL Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita
sumber google...tQ
Wednesday, June 22, 2011
ISLAM ADALAH CARA HIDUP
Assalam,
Islam adalah panduan hudip. Islam adalah cara hidup. Islam tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat.
Kedua dua berjalan serentak. Ianya bergandingan antara satu sama lain. Dunia adalah jambatan ke akhirat, apa yang kita lakukan di dunia ini, akan diambil kira diakhirat.
itulah ynag disebut dalam firman Allah ( maksudnya): " Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan diakhirat" ( Al Zalzalah: 7-8 ).
Ayat ini mengisyaratkan bahawa kerja kerja kita di dunia ini hanya ada dua jenis sahaja. Sama ada kerja baik atau kerja jahat.
Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam berpolitik, siang malam berpolitik. Maka rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya itu, jika ia melakukan politik yang baik.
Dan tidak adillah kepada Allah SWT jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu dan tidak dibalas di akhirat.
Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat.
Sekiranya politik itu zalim, yang berkuasa menindas rakyat dan mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan kezaliman, penindasan, dan sebagainya, maka tentulah ada pembalasan di akhirat, atas perbuatan yang melanggar tatsusila dan undang undang kemanusiaan.
Kita kembali kepada ikrar dalam solat kita hari hari baca dalam doa iftitah : " Sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku dan matiku, semuanya dilakukan untuk Allah".
Berpolitik dengan politik yang betul, bukan main tangkap muat atau terikut ikut atau terpengaruh dengan pujukan orang yang tidak berpendirian.
Kita sendiri boleh menentukan sendiri politik yang sebenar, mana yang memberi keuntungan dunia dan di akhirat.
wallahu alam.