Monday, November 9, 2009

ARTIKEL IMAM SHAFIE TENTANG SIFAT-SIFAT ALLAH

Re: ARTIKEL : Imam asy-Syafi'e Berkata Tentang Sifat-sifat Allah Posted by: "Abu al-Fateh al-Madani" abualfateh@hotmail.com Mon Nov 9, 2009 5:15 am (PST)

Wa'alaikumussalam
Di mana kedudukan ilmu tuan/ puan dalam persoalan ilmu akidah ini?. Saya mempunyai pendidikan syariah dalam dua aliran. Saya pernah belajar di Arab Saudi dan di Jordan. Saya tahu sesuatu yang tuan/ puan tidak tahu. Cuma saya tak mahu mendedahkannya di sini. Kita perlu bersikap adil = meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuatu. Dalam persoalan akidah ini, sebagaimana tradisi ilmu qiraat dan hadis perlu diambil mengikut kaedah talaqqi dan bersanad daripada ahlinya. Kalau tidak diambil melalui ahlinya, kemungkinan kita tergelincir daripada landasan sebenar tanpa disedari.
Sememangnya al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab yang unik dan menjadi mukjizat. Balaghahnya tinggi tiada tandingan. Dalamnya ada metafora, perumpamaan dan lain2. Pemahaman terhadap al-Qur'an tidak boleh diambil secara literal termasuk dalam soal akidah. Sikap para salaf dalam ayat-ayat yang berkaitan sifat Allah terutama yang mutasyabihatnya ialah imraruha kama ja'at (menyerah hakikat maknanya kepada Allah) tanpa perbahasan yang detail, apatah lagi membincangkannya kaifiatnya. Sebagai contoh, di dalam al-Qur'an ada disebut yad (yang diterjemahkan sebagai tangan) seperti dalam surah al-maidah (ayat 64), yadan (dua belah tangan) dalam ayat yang sama, aiydina (tangan-tangan kami) dalam surah Yasin (ayat 71) dan lain-lain lagi. Kalau ikut kefahaman wahhabi, mereka berkata: "Kita wajib iktiqad bahawa Allah mempunyai tangan sebagaimana yang disebut di dalam al-quran tersebut. Cuma persoalannya: berapa bilangan tangan Allah sebab ada ayat yang menyebut sebelah sahaja, ada ayat yang menyebut dua belah dan ada yang menyebut lebih dari dua..?" Inilah persoalan yang dibahaskan di dalam akidah Wahhabi tersebut. Sesiapa yang belajar di Universiti Islam Madinah, mereka akan belajar persoalan ini pada tahun ketiga pengajian. Persoalan saya : Adakah salaf membahaskan perkara ini di dalam kitab mereka. Sama sekali tidak!!!! Dua andaian boleh dibuat: pertama mereka menyerahkan hakikat maknanya kepada Allah (tafwidh), kedua: mereka memahaminya dalam kaedah bahasa Arab mengikut siyaq penyataan daripada ayat. perkataan yad bermaksud kekuatan, kekuasaan dan kepemurahan. Maka, ayat 64 al-Maidah menunjukkan sifat pemurah Allah sebagai menjawab pertuduhan Yahudi mengatakan Allah itu kedekut. Jadi, di mana sebenarnya berakhirnya fahaman wahhabi? Tentunya akan membawa kepada tasybih (penyamaan Allah dengan sesuatu). Maha Suci Allah daripada menyerupai tuhan sembahan agama Hindu. Ini satu contoh. Tuan/puan tentu tidak tahu bahawa Wahhabi menetapkan bahawa zat Tuhan mempunyai sifat sama seperti manusia kecuali tiada kemaluan sahaja.. Na'uzubillah..
Inilah sebenarnya kebimbangan kami terhadap fahaman ini yang cuba disebarkan di Malaysia oleh golongan tertentu di sebalik penggunaan istilah tajdid, pembaharuan bla..bla.. bla.. Jangan tertipu dengan "kesarjanaan" seorang yang hanya mengkaji satu bab dalam satu bidang ilmu. Seorang yang mengkaji asbab wurud hadith (sebab terjadinya hadis) belum boleh lagi kita panggil dia muhaddith, apatah lagi al-Hafiz atau Syaikh al-Islam. Saya akan menyambung nanti..Wallahu a'lam.