Thursday, September 20, 2012

DARAH TINGGI TAK TURUN2

Praktik kebiasaan. Doktor tidak terus bagi ubat darah tinggi apabila tekanan darah naik,kerana apabila ubat mula diambil ia tak boleh diberhentikan. 150 / 95 adalah tekanan yang tidaklah begitu tinggi bagi orang yang ada darah tinggi walaupun bagi yang tidak ada darah tinggi tekanan tu agak tinggi. Sebaiknya dikawal tidak melebihi 140/90. 

Kemampuan badan seseorang tidak sama ada orang baru 130/90 dia dah rasa pening dan berat bahagian tengkuk. [ Ini antara tanda darah tinggi]  ada orang boleh sampai 150/90 tak ada masaalah. Jadi jangan ambil purata asal melebihi 140/90 menunjukkan darah tinggi.

Biasanya doktor akan bagi masa 3 hingga 6 bulan untuk kita berikhtiar menurunkannya dengan banyak bersenam, jaga pemakanan, jaga masa tidur. Kurang tidur juga dapat menaikkan tekanan darah. Terlalu banyak masaalah dalam fikiran pun boleh menaikkkan tekanan darah. Banyak hutang pun boleh menaikkan tekanan darah dll. Ertinya kita itu perlu ketenangan baru darah kita ikut tenang.

Barang siapa menjadikan amalan hidup tidak teratur sepertimana garisan Islam darah tinggi senang dapat. Maksud saya jangan waktu tidur [malam] kita berjaga, tgk bola dll. Waktu bekerja [siang] kita tidur. Waktu makan tidak makan dll. Melainkan sekali sekala, tak mengapa.

Ikut peraturan alam. Bangun pagi solat subuh. jaga waktu makan, jaga jenis yang dimakan, jaga kesucian dan kehalallan yang dimakan, tunaikan solat malam dan tidur awal malam dan bangun di sepertiga malam atau bagun awal sebelum subuh. 

Banyak makan buah buahan dan minum air putih. Jangan amalkan minuman bersoda. Air mineral adalah bagus terutama zam zam. Tak digalakkan ambil air R.O.

MENANGANI ISU MENGHINA ISLAM DAN RASULULLA

Menangani isu Menghina Islam dan Rasulullah

Film 786(innocence of muslim) adalah sebuah film yg dibuat di Holland tentang lawak mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. 60 juta masyarakat muslim dpt menghancurkan ekonomi Holland dengan waktu kurang dari 5 minit dgn cara mengirimkan pesan ini, Mudah2han kita dapat menjawab pertanyaan dari Allah SWT kepada kita, ketika Allah SWT menanyakan kepada kita nanti mengenai apa tindakan yang kita lakukan ketika Rasul yang dicintai Nya dijadikan bahan lawak? Denmark telah mengalami kerugian...tolong jangan biarkan pesan ini berhenti di hp atau PC anda. Seperti yg anda ketahui, semua surat kabar Denmark memuat lawak tentang Nabi Muhammad SAW dan sampai sekarang mereka juga tidak menyesal. Jom kita buat mereka menyesal dengan perbuatan mereka... The Danish Ambassador, Perdana Menteri dan Denmark Nasional Channel; sekarang sdg berusaha melakukan sesuatu utk menghentikan boikot yg dlakukan oleh umat muslim sejak 1 bulan lepas, dimana atas pemboikotan tersebut mereka mengalami kerugian sekitar £ 4 Miliar. Jika kita terus melakukan boikot terhadap produk2 Denmark dalam 7 bulan atau lebih akan mengakibatkan mereka dpt kehilangan £ 80 milyar. Percayalah, jangan stop untuk meneruskan pesan ini sebanyak mungkin kpd saudara-saudara muslim.., yakinlah anda dapat melakukannya dlm waktu 15 minit utk menyebarkan kpd saudara2 muslim lainnya....SECEPATNYA? INGAT RASULULLAH MUNGKIN AKAN MENANYAKAN KEPADA KAMU (MEMINTA JAWAPAN) DIHARI PEMBALASAN NANTI, APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN KETIKA MEREKA MENJADIKANKU SEBAGAI BAHAN LAWAK? Adakah kita akan terus diam apabila Rasul tercinta yang akan memberi syafaat pada kita dipadang mahsyar nnti terus dihina? ALLAHUAKHBA

روسلي داور

ISI FILEM INNOCENCE OF MUSLIM

Isu filem Innocence of Muslim yang sedang panas diperkatakan pada masa ini. Namun tercapai juga hajat penghasut2 supaya umat Islam bangun membantah secara emosi yang tidak terkawal. Nabi saw pernah beberapa kali menghadapi situasi begini semasa Baginda mengembangkan agama Allah. Bagaimana reaksi Baginda? Baginda amat tenang menangani cabaran ini dengan menyatakan bahawa mereka itu tidak faham & mendoakan supaya golongan tersebut diberikan hidayah, walaupun Baginda diminta berdoa kepada Allah supaya golongan tersebut diberikan balasan yang setimpal. Sungguh tinggi ahlak baginda dalam menghadapi sebarang musibah yang melanda.

        Adakah dengan cara kita 'memberontak' masalah ini dapat di atasi? sesetengah pihak pula menyalahkan YOUTUBE yang tidak sensitif kepada perasaan umat Islam, walhal youtube tentu gembira kerana ranking carian mereka mendadak dengan cepatnya.  

        Perkara pokok yang mesti diterapkan dalam generasi kita serta anak2 kita adalah - dalam apa jua situasi - AKHLAK kita hendaklah sentiasa dijaga dalam menangani isu dan cabaran - kerana dengan akhlak yang baik - yang kusut akan terurai; masalah juga cepat selesai. Cabaran tidak dapat di atasi dengan emosi yang tidak stabil.

Apa pendapat rakan2 semua?