Monday, February 15, 2010

ULASAN MELAYU ERSEPIT

Salam and Dear All,

Maaf kerana mencelah, tapi bila saya ternampak perbincangan ini terasa bertanggungjawab juga sedikit sebanyak to bagi apa yang tersirat in me.

Well, bagi saya apa yang perlu kita perbetulkan adalah mindset kita termasuk sikap ingin berjaya melalui berusaha. Kita perlu mengubah persepsi dan berusaha untuk memajukan diri sendiri as tidak akan ada yang boleh menolong kecuali kita sendiri yang merubah nasib sendiri dengan restu Allah SWT. Singkirkan sikap mementingkan diri, dan irihati. Pokoknya di sini hendaklah kita bersihkan hati. Insyallah jika hati kita bersih dan mempunyai sikap ingin maju dan tidak mementingkan diri, orang Melayu boleh maju.

Saya bukan orang alim tetapi insyallah basic tentang agama tu adalah dan tetap berpegang pada yang maha esa. Jika kita umat Melayu dan Islam bersatu perkara yang boleh dikatakan agak terlewat untuk kembali ke zaman kegemilangan amat sukar kerana ekonomi kita amat ketinggalan jauh berbanding kaum lain walaupun kita dianggap majoriti.

Untuk menukar mindset bukan senang, tetapi jika kita renung kembali "should we let bangsa kita tertindas until kita merempat di tanah air sendiri?

Apa yang kita yang berkeluarga cuba perbetulkan dalam keluarga kita sendiri dulu. Kita tanamkan semangat anak-anak kita supaya suka bersaing in a healthy way. Dan sekiranya yang ada dalam masyarakat yang kecil, cubalah menasihati sentiasa anak-anak muda kita supaya jangan terlalu leka dengan apa yang mereka menikmati sekarang.

Pada pengamatan saya, kebanyakan anak muda kita terlalai kerana tidak melalui kesusahan hidup seperti yang dilalui oleh ibubapa mereka.

Saya percaya ramai ibubapa yang melalui kesusahan memberikan setiap kesenangan kepada anak-anak kerana mereka tidak mahu their kids rasa kesusahan sebagaimana mereka lalui. Inilah kadang-kadang membuat anak anak kita lalai. So ini adalah tanggungjawab setiap keluarga melayu untuk mempastikan anak-anak mereka tidak hilang semangat juang untuk menjadi orang yang berjaya.

Apa yang saya perhatikan yang suka melepak, berlumba motor dan banyak lagi perkara yang kurang menyenangkan adalah di kalangan anak melayu. So please saya berharaplah sangat setiap keluarga cuba memperbetulkan anak-anak atau masyarakat sekeling dan tidak hanya mengharap kepada pihak berkuasa untuk memperbetulkan mereka.

Kepada yang berkeupayaan tolonglah carikan akitiviti untuk anak-anak muda kita supaya mereka berubah menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. Bagi ibubapa yang anaknya berpelajaran ada kemungkinan mereka tidak membuat akitiviti yang merosakkan tetapi ada mereka ini yang menjadi sikap pentingkan diri.

Kepada ketua masyarakat, saya amat berharap adakan lah aktiviti yang boleh membangunkan minda anak-anak kita supaya jangan terlalai dengan keseronokan sahaja.

Ketua masyarakat pun kadang-kadang mementingkan diri dan menjalankan akitiviti bagi menguntungkan diri mereka. Di sinilah kita kena ada keikhlasan kerana Allah berfirman "Ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsiaku,". Sukar bagi seseorang mempunyai keikhlasan yang tulus. Kita mestilah amalkan sifat ikhlas dan membuatnya kerana Allah barulah berkat apa yang kita buat. Jadi tolonglah sentiasalah kita berusaha kerana Allah untuk memperbetulkan minda anak-anak kita supaya ada semangat juang bagi diri, bangsa, agama dan tanahair.

Kita lemah kerana selama ini kita lalai dengan kesenangan yang tersedia sebagai orang Melayu atau bumiputera, manakala bangsa lain telah berlumba untuk maju kerana mereka merasa kesusahan dan sikap ini juga ditanam kepada anak-anak mereka.

Kita sentiasa ada sikap tidak apa dan cukuplah setakat ini, kononnya bersyukur whereby jika kita perhatikan terdapat hadith yang mengatakan (correct me if I am wrong) "beramallah seolah-olah kamu akan mati esok hari dan berusahalah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Tidak salah bagi pendapat saya sekiranya kita berusaha seupaya kita tetapi pokoknya tidak pernah melupakan Allah S.W.T.

Masih belum terlambat walaupun sukar untuk kita membentukkan anak-anak dan remaja kita supaya jangan hanya berharap kepada benda yang tersedia untuk dimakan. Dan kita sendiri termasuk diri saya mestilah juga ada semangat juang yang saya perkatakan itu. Wallahualam.

best regards

tns

Sunday, January 31, 2010

MELAYU TERSEPIT

Bersama ini disertakan satu pandangan ikhlas dari seorang rakyat marhaen.

Saya suka berada dengan sahabat sekelian kerana banyak ilmu dan
pengalaman yang saya dapat dari sini.

Saya ingin mengajak sahabat sahabat untuk berfikir tentang apa yang
kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu didalam tanah
air sendiri menjalani kehidupan seharian. Akhir-akhir ini kita
dihempap dengan berbagai masalah baik dari segi sosial, ekonomi dan
status kita sebagai bangsa Melayu yang menjadi tuan punya negara yang
dinamakan Malaysia.

Kita makin tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan. Jika
barang mewah atau barang kurang perlu naik harga tak lah kita kisah
sangat. Tetapi barang makanan semakin naik harga. Gula, tepung dan
beras yang terkawal harganya naik sedikit demi sedikit. Caj
perkhidmatan seperti tol , pengangkutan dan lain-lain juga turut naik.
Bank juga semakin tidak bertimbang rasa. Kalau dulu kereta cuma akan
ditarik selepas 4 atau 6 bulan kini tak sampai 3 bulan sudah kita
terima akibatnya. Pinjaman juga semakin susah untuk diperolehi.
Peniaga makin kekurangan modal lalu pelanggan menerima akibatnya.

Orang Melayu kini tidak lagi mudah untuk berurusan dengan
bangsa-bangsa asing yang berendapatan tinggi. Orang Cina sudah tidak
lagi berminat untuk sewakan premis mereka kepada orang Melayu. Bagi
peniaga pula sangatlah susah untuk mendapat kredit jangkapanjang dari
pembekal barangan dagangan dari bangsa asing. Orang Melayu sudah
dikategorikan sebagai bangsa yang tercorot dalam carta golongan yang
boleh diberi kemudahan untuk perniagaan.

Pekerja menerima upah yang rendah berbanding dengan perbelanjaan bagi
menguruskan kehidupan. Gaji 2 ribu sebulan sudah tak ada nilainya
lagi. Kakitangan kerajaan yang sebelum ini boleh dikatakan sebagai
pekerja yang selesa dari segi upah dan gaji kita hanya cukup makan.
Akibatnya rasuah berleluasa. Nak minta borang pun kadang kadang kena
ada under table, belum lagi memohon kelulusan.

Orang Melayu hanya nampak bergaya dari segi kulit luaran. Mereka
sebenarnya hidup atas belas ehsan bangsa pendatang. Jika makan gaji
hanya cukup makan. Nak berniaga mana nak dapatkan modal ? . Nak
harapkan kementerian pembangunan usahawan sudah pun kena pancung. Nak
harapkan Tekun, mereka pun sudah kering tabung. Nak harapkan MARA
entah bila wang akan turun. Nak harapkan SMIDEC , setelah diitukarkan
nama kepada SMICorp hala tujunya bukan lagi untuk bantu orang Melayu.

Makin tertekan hidup rakyat Melayu ditanah tumpah darah mereka
sendiri. Bangsa asing kini menguasai semua sektor ekonomi. Harga
barang dan perkhidmatan bukan lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi
dikawal oleh pedagang-pedagang bangsa asing yang dulu hanya menumpang
mencari rezeki ditempat kita.

Dimana orang Melayu selepas ini ? Bergerai dipinggir-pinggi jalan.
Menjual nasi lemak dan goreng pisang. Perniagaan apa orang Melayu
selepas ini ? MLM dan direct selling dan bergantung pada logo halal
dan kesucian barangan buatan muslim. Mengharap tender-tender kerajaan
yang semakin hari semakin kurang. Berebut satu tender hingga 200 ke
300 syarikat mengambil bahagian. Setelah dapat , jika ada modal memang
tak mencukupi. Pergi ke bank untuk ambil pinjaman, macam-macam alasan
dan syarat dikenakan hingga terpaksa meminta dan merayu macam
pengemis. Selepas beberapa ketika pinjaman tak diluluskan. Akhirnya
menggadai projek kepada syarikat bangsa asing. Jadi apa dengan
syarikat Melayu bumiputera itu ? Sekadar dapat menambah senarai
pengalaman menjalankan projek didalam profail. Pengarah dapat sedikit
habuan dari jualan projek, kakitangan semakin dikurangkan kerana
mereka tidak lagi diperlukan.

Kemana kita selepas ini ? Terus mengemis di tanah air sendiri ? Wang
kita sudah terkumpul sepenuhnya ditangan bangsa yang dulunya menumpang
disebelah rumah kita. Melayu nak buat apa sekarang ? Berdebat di
stadium, berebut jawatan. Bercakap degar-degar di TV di radio.
Berhujah tentang ketuanan Melayu . Tuan apa bendanya ? Tuan kepada
orang Melayu sendiri ? Tapi tanah air sendiri bertukar tangan. Tuan
kita bukanlah lagi orang kita.

Jika berhujah mengenai agama seolah-olah kita adalah paling Islam dari
orang Islam yang lain. Golongan itu tak betul golongan ini tak betul.
Fahaman itu tak betul, fahaman ini tak betul. Tercapailah hasrat para
kapitalis untuk meletakkan orang Islam didalam kelompok mereka sesama
Islam untuk berdebat dan berhujah mengenai agama mereka. Soal ekonomi
dan sosial dilepas pandang. Akhirnya orang Melayu Islam terperosok
dalam surau dan masjid, terus menerus berdebat mengenai fahaman dan
amalan.

Selepas penat berdebat dan berhujah keluarlah beramai-ramai menjamu
selera di kedai India. Sebelum balik kerumah singgah membeli barangan
keperluan keluarga di kedai Cina.

Nak kemana kita selepas ini ? Dimana nak letakkan anak cucu kita selepas ini ?

Mari kita buka minda dan bincang.....

Maaf jika ada yang tersinggung atau yang terasa.

Wasalam

KETUANAN MELAYU

Setelah berakhirnya episod ketuanan Melayu bertukar ke era Malaysia, apa yang tinggal kini hanya 1Malaysia. Konsep persepakatan di segi ideologi kepelbagaian kaum pribumi dan budaya agar seiring menerokai segenap peluang sosio-ekonomi memacu ke tahap negara makmur dan rakyat gemilang terus giat dipromosikan. Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan! Sayugianya slogan dan kata-kata keramat saling bertukar-ganti apabila ketua kerajaan bertukar tangan. Peranan NGO dan kuasa eksekutif dalam mencorak-warnakan negara bersimpang-siur dengan kemelut politik dan ekonomi yang kini menjadi isu semasa dan berlanjutan sehingga ke PRU era Dato' Sri Najib pula? Lumrahnya setiap makhluk dilahirkan berbeza cita-rasa dan punyai impian tersendiri.

Pergolakan yang bermula daripada harga komoditi yang kian naik terasa cengkamannya oleh golongan marhaen, dan isu royalti petroleum hingga kepada nama Allah! Perbalahan mengenai isu PPMSI dan kecoh pasal SPRM yang juga termasuk kes kehilangan engin jet menjadi topik perbualan di kalangan rakyat yang prihatin! Tiada apa lagi yang ingin diterjemahan melalui tindakan.

Persoalannya ialah semangat kemerdekaan semakin pupus dari dalam diri orang Melayu sendiri, tetapi yang ironinya golongan majoriti ini jugalah 'juara berkokok' bila menyentuh apa jua isu-isu hangat: hanya sekadar menarik perhatian umum? Memang ada rasa kesedaran yang menebal namun segala titik-tolak tindakan yang menyusul langsung tidak berkesan. Bayangkan, jika sekadar ingin mendapat permit berdemonstrasi secara aman pun belum tentu lagi mendapat layanan! Bantahan terhadap pemansuhan ISA sudah jadi isu basi dan semakin dilupai 'roh' perjuangannya.

Rakyat secara umumnya hanya menjadi 'saksi' dan setiap pertikaian berbangkit terhadap permasalahan negara bergantung di atas kebijaksaan peneraju kepimpinan negara. Bahawa kepercayaan dan rasa hormat sesama manusia sejagat sudah semakin pupus lantaran sifat ego dan hipokrit...di antara kalangan pemimpin dan rakyat: kini menjalar pula kepada perebutan kuasa oleh pemimpin politik sendiri demi memperjuangkan demokrasi? Kegiatan rasuah dan keruntuhan moral golongan masyarakat mulai lapisan terbawah hinggalah kepada golongan elit dan pemimpin politik tetap menjadi 'mimpi ngeri' yang mencabar kestabilan politik dan keselamatan negara?

Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang Melayu (beragama Islam) yang mempunyai raja berpelembagaan dan para mufti di setiap negeri? Mungkinkah rakyat Malaysia kini cukup puas berada di dalam comfort zone? Maka tak perlu lagi berjuang terhadap keadilan demi kemerdekaan 1Malaysia? Di dalam situasi bila mana negara sudah aman makmur dan ekonomi stabil , maka kita menikmatinya memadai dengan berpeluk tubuh sahaja? Sedang bangsa lain terus bergerak maju ke hadapan, demi maruah keluarga, ke arah menjamin generasi mereka agar cemerlang di segenap bidang.

Kita semua masih belum terlambat untuk melakukan perubahan setakat yang termampu sebagai bangsa yang bermaruah.

Wassalam.

Sunday, January 17, 2010

KE MANA KAH KITA

Haiwan dicipta oleh Allah untuk “makan, cari
makan,berehat, berhibur, tidur. Dan akhirnya mati ..tamat cerita.”
Itulah kisahnya haiwan; lembu, monyet, ikan, itek,ayam dan yang sebangsa dengan mereka. Mereka hidupnya untuk makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..disembelih..atau mati..tamat riwayat, habis kisah!
Tapi kita manusia..itu sajakah yang kita nak buat danpatut buat di dunia ini?
Tamatkah kisah kita, habiskah cerita kita bila kitamati nanti?
Jawapannya tidak!
Bagi kita manusia, kematian tidak menamatkansegalanya.
Mati hanyalah satu transisi ke alam akhirat.
Pintu ke hari akhirat ialah kematian. Semua orangakan mati.
Kematian kita adalah satu fasa dari rentetanperjalanan kita dari perut ibu menuju ke alam akhirat.
Kerana ia adalah sesuatu yang pasti. Ia pastidatang.
Hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan mungkin saya, anda, saudara mara dan kawan-kawan kita pasti mati.
Yang pasti datang ialah kematian. Umur tua belumpasti. Usia emas bukan sesuatu yang bakal dimilikisemua orang.
Ingat MATI itu pasti, TUA belum tentu.
Janganlah kita lupa akan destinasi akhir kita ini. Jangan kita dilalaikan oleh kesibukan harian kita darihakikat ini.
Allah memperingatkan kita:
“ Alhaakumuttakaathur. Hatta zurtumul maqabir...”
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amalbakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatdengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinakpangkat dan pengaruh), SEHINGGA KAMU MASUK KE KUBUR.”Surah Attakaathur:1-2
Arkib: omaryaakob.blogspot.comWeb: http://omar600.webs.com