Wednesday, October 8, 2008

Jeruk Gamat

GAMAT Rangsang Pertumbuhan Tisu Baru ~
MASYARAKAT umum megenalinya sebagai gamat atau timun laut, haiwan tanpa tulang belakang yang ada azimat penyembuh diakui nenek moyang sejak 300 tahun dahulu. Tidak hairanlah mengapa gamat menjadi pilihan sebagai satu daripada perubatan alternatif masa kini kerana mampu merawat pelbagai penyakit tanpa memberi kesan sampingan.Melihat keberkesanan GAMAT daripada perspektif perubatan.ADA lebih 2,000 spesies mentimun laut atau nama saintifiknya holothurida di seluruh dunia. Daripada jumlah itu. kira-kira 30 spesies dikenal pasti di perairan Malaysia. Namun, daripada 30 jenis dikenal pasti sesuai digunakan dalam perubatan iaitu Stichopus Hermanii, Stichopus chloronatus, Sticophus badionatus dan Sticophus horrens.Pengarah dan ketua Eksekutif Gamat Emas Sdn.Bhd. , Dr.Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, berkata satu daripada empat dari timun laut itu dikenali sebagai gamat emas berwarna kuning keemasan dan jalur hitam pada badannya. Gamat jenis itu mudah didapati Pulau Pangkor, Perak. Kebimbangan pengusaha gamat emas mengenai kepupusannya mendorong sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Prof. Madya Dr. Ridzwan Hashim (Kini berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa - UIA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), menjalankan penternakan gamat spesies itu bagi memastikan bekalannya mencukupi.''Gamat adalah haiwan elastik. Apabila didedahkan ke udara dalam masa beberapa minit akan menjadi lembik dan lama kelamaan bertukar menjadi lendir. Tetapi apabila dimasukkan kedalam air masin, ia akan kembali kepada asalnya,'' katanya.Beliau berkata, gamat ada 'cell growth factor' membolehkan ia merangsangkan pertumbuhan sel dan tisu dengan kadar cepat. keberkesanan gamat dalam membantu pertumbuhan sel baru terbukti apabila ia banyak digunakan untuk menyembuh luka sama ada dalaman atau luaran seperti gastrik dan ulser perut.''katanyaDr.Syid Ayob berkata, pesakit ulser yang mengikuti kaedah rawatan moden biasanyamengambil masa sekurang-kurangnya lapan minggu untuk sembuh . Apabila menggunakan rawatan alternatif melalui pemakanan produk berasaskan gamat, pesakit boleh sembuh dalam masa enam hari atau paling lama dua minggu. Ulser menyebabkan penghidapnya luka teruk di salur darah dalam perut dan boleh mengakibatkan kematian. Penghidap boleh kenal pasti melalui warna najis hitam apabila membuang air besar.Penyakit ini berpunca daripada tekanan hidup,pemakanan yang tidak dikawal selain tindak balas sampingan daripada memakan ubat penahan sakit dan radang bukan steroid (NSAID) tanpa kawalan. Bagi pesakit diabetes agak teruk seperti diabetes neuropathy yang biasanya ada masalah luka luaran yang lambat sembuh kerana salur darah tersumbat selain salur darah tersumbat, gamat berupaya membantu menyembuhkan luka dengan syarat pengawalan gula dalam darah sempurna di samping penjagaan luka secara teliti. Gamat dapat meningkatkan penghasilan hormon insulin dalam darah dengan mengaktifkan reseptornya. Justeru, proses menyerap gula dalam darah bagi pesakit diabetes akan lebih cepat daripada biasa.''Gamat berkesan menyembuhkan luka dalaman dan luaran. Kajian menunjukkan ia dapat bertindak sebagai ubat penahan sakit iaitu kira-kira dua kali ganda aspirin, mengelak bahan menyebabkan radang dan antihistamina yan berguna untuk penghidap resdung dan asma'' katanya. Selain itu, katanya faktor penggalak pertumbuhan sel dalam badan juga dipercayai berupaya membantu pasangan kurang subur menndapat anak. ''Melalui testimonial, gamat dipercayai dapat membantu pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi gagal mendapatkan anak mencapai cita-cita mereka.Ini terbukti apabila pasangan berasal dari Taiping, Perak yang sudah tujuh tahun berkahwin tetapi gagal mendapat anak. Apabila mereka mula mengambil produk ini tidak lama kemudia impian mereka berhasil'' katanya.Melalui ujian makmal ke atas pesakit darah tinggi yang mengamalkan pemakanan produk gamat, salur darah koronari yang sempit dan tersumbat disebabkan kenaikan tekanan darah, didapati mengembang atau mengalami vasolidatasi. Selain merangsang pengembangan salur darah, gamat dapat mengalakkan pengecutan otot jantung bagi mengelak lemah jantung. ''Banyak keupayaan dan keajaiban gamat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak diketahui dan kini masih dalam kajian.''katanya. Dr.Syid.Ayob menasihatkan pesakit yang mengamalkan pemakan produk gamat supaya memilih barangan dalam bentuk cecair keranan ia lebih berkesan. ''Gamat ada antioksidan dan Vitamin E yang tinggi membantu awet muda. Gamat dalam bentuk cecair lebih berkesan,''katanya.Katanya lagi, kandungan ekstrak gamat dalam produk berbentuk gel didapati lebih tinggi dan berkesan untuk menyembuhkan penyakit serta berupaya menghentikan pendarahan dalam masa singkat. Dalam barangan kosmetik, ekstrak gamat berupaya membantu penjagan kulit supaya lebih cantik dan anjal. Disebabkan ekstrak itu ada kandungan kondroitin (chondroitin) dan mukopolisakarida, ia dapat mewujudkan bendalir antara sendi yang mampu meredakan masalah sakit sendi seperti osteoarthritis. Selain itu, kesan anti radang mengurangkan radang dan bengkak tisu pada sendi. Bagi mereka yang kerap lesu, gamat dapat membakar lemak untuk menghasilkan kadar metabolisme badan. Kesan antikulat pula menyembuhkan jangkitan kulat seperti kurap dan ulat air -

No comments: