Thursday, September 20, 2012

DARAH TINGGI TAK TURUN2

Praktik kebiasaan. Doktor tidak terus bagi ubat darah tinggi apabila tekanan darah naik,kerana apabila ubat mula diambil ia tak boleh diberhentikan. 150 / 95 adalah tekanan yang tidaklah begitu tinggi bagi orang yang ada darah tinggi walaupun bagi yang tidak ada darah tinggi tekanan tu agak tinggi. Sebaiknya dikawal tidak melebihi 140/90. 

Kemampuan badan seseorang tidak sama ada orang baru 130/90 dia dah rasa pening dan berat bahagian tengkuk. [ Ini antara tanda darah tinggi]  ada orang boleh sampai 150/90 tak ada masaalah. Jadi jangan ambil purata asal melebihi 140/90 menunjukkan darah tinggi.

Biasanya doktor akan bagi masa 3 hingga 6 bulan untuk kita berikhtiar menurunkannya dengan banyak bersenam, jaga pemakanan, jaga masa tidur. Kurang tidur juga dapat menaikkan tekanan darah. Terlalu banyak masaalah dalam fikiran pun boleh menaikkkan tekanan darah. Banyak hutang pun boleh menaikkan tekanan darah dll. Ertinya kita itu perlu ketenangan baru darah kita ikut tenang.

Barang siapa menjadikan amalan hidup tidak teratur sepertimana garisan Islam darah tinggi senang dapat. Maksud saya jangan waktu tidur [malam] kita berjaga, tgk bola dll. Waktu bekerja [siang] kita tidur. Waktu makan tidak makan dll. Melainkan sekali sekala, tak mengapa.

Ikut peraturan alam. Bangun pagi solat subuh. jaga waktu makan, jaga jenis yang dimakan, jaga kesucian dan kehalallan yang dimakan, tunaikan solat malam dan tidur awal malam dan bangun di sepertiga malam atau bagun awal sebelum subuh. 

Banyak makan buah buahan dan minum air putih. Jangan amalkan minuman bersoda. Air mineral adalah bagus terutama zam zam. Tak digalakkan ambil air R.O.

No comments: