Thursday, September 20, 2012

ISI FILEM INNOCENCE OF MUSLIM

Isu filem Innocence of Muslim yang sedang panas diperkatakan pada masa ini. Namun tercapai juga hajat penghasut2 supaya umat Islam bangun membantah secara emosi yang tidak terkawal. Nabi saw pernah beberapa kali menghadapi situasi begini semasa Baginda mengembangkan agama Allah. Bagaimana reaksi Baginda? Baginda amat tenang menangani cabaran ini dengan menyatakan bahawa mereka itu tidak faham & mendoakan supaya golongan tersebut diberikan hidayah, walaupun Baginda diminta berdoa kepada Allah supaya golongan tersebut diberikan balasan yang setimpal. Sungguh tinggi ahlak baginda dalam menghadapi sebarang musibah yang melanda.

        Adakah dengan cara kita 'memberontak' masalah ini dapat di atasi? sesetengah pihak pula menyalahkan YOUTUBE yang tidak sensitif kepada perasaan umat Islam, walhal youtube tentu gembira kerana ranking carian mereka mendadak dengan cepatnya.  

        Perkara pokok yang mesti diterapkan dalam generasi kita serta anak2 kita adalah - dalam apa jua situasi - AKHLAK kita hendaklah sentiasa dijaga dalam menangani isu dan cabaran - kerana dengan akhlak yang baik - yang kusut akan terurai; masalah juga cepat selesai. Cabaran tidak dapat di atasi dengan emosi yang tidak stabil.

Apa pendapat rakan2 semua?

No comments: