Wednesday, June 22, 2011

ISLAM ADALAH CARA HIDUP

Assalam,

Islam adalah panduan hudip. Islam adalah cara hidup. Islam tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat.

Kedua dua berjalan serentak. Ianya bergandingan antara satu sama lain. Dunia adalah jambatan ke akhirat, apa yang kita lakukan di dunia ini, akan diambil kira diakhirat.

itulah ynag disebut dalam firman Allah ( maksudnya): " Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan diakhirat" ( Al Zalzalah: 7-8 ).

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kerja kerja kita di dunia ini hanya ada dua jenis sahaja. Sama ada kerja baik atau kerja jahat.

Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam berpolitik, siang malam berpolitik. Maka rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya itu, jika ia melakukan politik yang baik.

Dan tidak adillah kepada Allah SWT jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu dan tidak dibalas di akhirat.

Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat.

Sekiranya politik itu zalim, yang berkuasa menindas rakyat dan mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan kezaliman, penindasan, dan sebagainya, maka tentulah ada pembalasan di akhirat, atas perbuatan yang melanggar tatsusila dan undang undang kemanusiaan.

Kita kembali kepada ikrar dalam solat kita hari hari baca dalam doa iftitah : " Sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku dan matiku, semuanya dilakukan untuk Allah".

Berpolitik dengan politik yang betul, bukan main tangkap muat atau terikut ikut atau terpengaruh dengan pujukan orang yang tidak berpendirian.

Kita sendiri boleh menentukan sendiri politik yang sebenar, mana yang memberi keuntungan dunia dan di akhirat.

wallahu alam.


No comments: