Wednesday, June 22, 2011

NABI BERSABDA TENTANG ULAMAK

Nabi ada bersabda, lebih kurang begini maksudnya; ulama' itu kalifah ku. Barang siapa menghina, ulama' umpama menghina aku.
Menimba Ilmu(agama) itu lebih baik (wajib) dari solat2 sunat.
Sabda nabi lagi; Hendak lah kamu singgah sebentar apabila kamu melintasi taman2 syurga. Sahabat bertanya, "Apa itu taman2 syurga ya Rasulullah?" Jawab Rasullullah'"Majlis Ilmu (zikir)".
Ramai antara kita secara sedar atau tidak sedar melakukkan perbuatan/ucapan yang menyebabkan kita menjadi Syirik, syirik kecil. Apabila mengiakannya menjadi Syirik besar.
Islam itu agama Allah, dan Al-Quran itu lengkap dan Muhammad itu persuruh Allah. Kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Jangan mempersoalkan Agama, Al-Quran dan Sunnah.
Umpanmanya,1- (saya bukan ustaz, tapi itulah yang saya dapat dari Taman Syurga Subuh dan Magrib dan tua baru nak tahu)mengatakan Hak Allah di ganti dengan manusia atau benda. "Saya makan ubat inilah saya menjadi baik/sembuh" Ubat menjadi kan kita baik/sembuh.....bukan Allah ke? Sedar x sedar kita membelakang kan Allah. Dan banyak lagi.....ubatnya kita beristiqfar banyak2 dan solat taubat.
2- "Kerana kami saja yang boleh menbangunkan negara ini dan mememakmurkan rakyat" ucapan si polan polan biasa kita dengar.....Siapa kami? Sombong kita kepada Allah!.Bukankah rezeki itu Allah yang beri?
3- "Kalau tidak kerana X beri contract tak makan saya"....Siapa X .....Allah di mana ye?
Rukun Iman kita di mana? Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan dan kesilapan kami sendiri.
Dan banyak lagi. Jaga lah ungkapan kita.
Akidah juga kita jaga. Apabila kita mempersoalkan hak Allah (Agama Islam AlQuran & Sunnah) cepat cepatlah bertaubat. Umpamanya; mempersoalkan Syurga, itu hak Allah, siapa kita mempersoalkannya? Dan mengungkapkan manusia boleh menentukan dia ni masuk syurga yang ini masuk neraka!. Dia x cakap kita cakap....
Nabi bersabda memperingati diri saya dan brader " Sampaikan ilmu itu walau pun dengan satu ayat".

No comments: