Wednesday, June 22, 2011

KISAH LUKMAN HAKIM

Tambahan dari cerita Lukman Hakim..Pada suatu hari Lukman Hakim telah berjalan menuju kesatu tempat bersama anaknya.Dalam perjalanan itu mereka membawa seekor keldai yang belum berapa dewasa tetapi telah boleh ditunggangi. Apabila sampai disatu kota tiba giliran anak beliau menaiki keldai tersebut..apabila orang dikota melihatnya, mereka menyalahkan anak Lukman kerana ' Sepatutnya bagilah sibapa yang menaikinya kerana telah tua' ini anak pulak yang naik.Apa punya anak. ( guna bahasa pasar )..Apabila melalui kota seterusnya, tiba giliran Lukman menunggang pula..begitulah mereka mengatakan ' Sepatutnya bagilah sianak yang naik,kerana masih kecil ' Apa punya bapak.
Seterusnya mereka meneruskan perjalanan sehingga melewati kota yang lain, sekarang tiba giliran utk keldai berehat tanpa membawa sesiapa..apabila orang melihatnya mereka terus mencemuh ' Apa punya orang, ada keldai tak nak naik ' Bodoh..Perjalanan seterusnya mereka naiki kedua-duanya, begitu juga orang kota tersebut menyalahkan mereka' Apa punya orang,keldai kecik macam tu naik 2 orang, naiklah sorang dulu' tak ada akai ke? Kemudian Lukman Hakim berkata kepada anaknya..Itulah keadaan didunia ini, tiada siapa yang akan merasa puas akan apa yang mereka nampak. Ada saja benda yang tak betul dimata kita, sedangkan kita tak tahu hal yang sebenarnya..Begitu jugalah dengan nyanyian sibangau mengapa engkau kurus,.menyalahkan ikan tak timbul..rumput tebal dan seterusnya, masing-masing dengan alasan sendiri mendakwa dirinya betul.
Fikir sejenak pada jalan Allah, adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya. Wallahualam.

No comments: